Unai Emery
Unai Emery

Unai Emery

Unai Emery Etxegoien ( Sebutan Sepanyol: [uˈnaj ˈemeɾi] ; lahir 3 November 1971) merupakan jurulatih bola sepak berasal dari Sepanyol dan bekas pemain yang kini merupakan ketua jurulatih kelab La Liga Villarreal.Selepas kerjaya pemain bola sepak beliau yang dihabiskan kebanyakannya bermain di Segunda División Sepanyol, Emery bertukar karier menjadi jurulatih selepas bersara pada tahun 2004. Dia bermula di Lorca Deportiva, di mana dia membawa kelab itu naik ke Segunda División pada musim pertamanya . Beliau kemudiannya menyertai Almería, yang beliau memimpin keleb naik ke La Liga buat kali pertama dalam sejarah kelab. Beliau kemudiannya berpindah ke Valencia, membawa pasukan itu ke tempat tiga teratas. Selepas meninggalkan Valencia, beliau melatih Spartak Moscow selama enam bulan, sebelum berpindah ke Sevilla pada 2013.Di Sevilla, Emery memenangi tiga kali berturut-turut trofi Liga Europa, dan berpindah ke kelab Perancis Paris Saint-Germain pada 2016. Di sana, beliau memenangi gelaran Ligue 1, dua gelaran Coupe de France, dua gelaran Coupe de la Ligue, dan dua gelaran Trophée des Champions, yang termasuk 4 gelaran semusim yang merupakan musim keduanya.[3]Selepas tamat kontraknya, Emery dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Inggeris Arsenal pada 2018, menggantikan Arsène Wenger.[4] Beliau menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Europa[5] pada musim pertamanya, sebelum dipecat pada November 2019 selepas beberapa siri keputusan buruk.[6] Beliau dilantik oleh Villarreal pada Julai 2020,[7] di mana beliau memenangi Liga Europa pada musim pertamanya.[8]

Unai Emery

2012 Spartak Moscow
2020– Villarreal
1990–1995 Real Sociedad B
Tarikh lahir (1971-11-03) 3 November 1971 (umur 50)[1]
2004–2006 Lorca Deportiva
Kelab terkini Villarreal (ketua jurulatih)
2000–2002 Racing Ferrol
2008–2012 Valencia
2003–2004 Lorca Deportiva
2006–2008 Almería
2002–2003 Leganés
Nama penuh Unai Emery Etxegoien[1]
1986–1990[2] Real Sociedad
1996–2000 Toledo
2016–2018 Paris Saint-Germain
2013–2016 Sevilla
1995–1996 Real Sociedad
Posisi permainan Pemain tengah
Tahun Pasukan
Tempat lahir Hondarribia, Sepanyol
Jumlah
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[1]
2018–2019 Arsenal

Rujukan

WikiPedia: Unai Emery http://cadenaser.com/emisora/2015/06/29/radio_san_... http://www.diariovasco.com/deportes/futbol/201703/... http://deportes.elpais.com/deportes/2011/05/20/act... http://www.marca.com/2015/05/10/futbol/equipos/sev... http://hemeroteca.mundodeportivo.com/preview/1996/... http://www.elcomercio.es/gijon/20081115/deportes/s... http://www.lne.es/ultima/2010/06/05/emery-hijo-por... http://www.lemonde.fr/football/article/2017/05/28/... https://www.astroawani.com/berita-sukan/arsenal-ak... https://www.astroawani.com/berita-sukan/awanieurop...